Tuesday, December 29, 2009

lirik lagu derita merindu-ahli fiqir

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah


Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula


Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

lirik lagu cari jodoh-wali band

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Wednesday, December 16, 2009

simptom-simptom yg xperlu ditakuti langsung

Bila kau rase simptom-simptom camni


1. sleepless nite or less sleep than usual even though u are the person yg sume org tau mmg kuat tido no matter what.
2. gelak lebih dari slalunya
3. lagi rajin ckp kat dpn PC compare ckp ngn org
4. mls nk pndang pun orang yg berlainan gender even sblum ni ko mmg pntang tgk objek ciptaan Tuhan yang menarik
5. suka abiskan masa ngn termenung and thinking or termenung and not thinking anything
6. ko lebih pndai mngasah bakat lakonan ko dpn org dgn mnjadi org yg paling hepy di dunia ni.
7. blaming urself on anything or worst blaming others for everything
8. crystal coming out from ur eyes stiap kali berseorang
9. kredit hp ko xkurang-kurang pun n ko xsbuk lgsung g crik kdai topup
10. ko suke dok sorg-sorg



jangan risau, penyakit ini tidak merbahaya. Ini hanyalah symptom kepada terapi diet yg ko bakal hadapi selepas ni. Ko akan berbangga dengan hasilnya nt. Percayalah.

Tuesday, December 15, 2009

me now

I now pronounce myself SINGLE!!!


yeah!! ermmm wrong cheers??

don't give a damn anymore..

people don't love me anymore, why bother?

Monday, December 14, 2009

pengangkutan awam

Brape ramai praktikkan, utamakan warga emas, wanita mengandung dan org kurang upaya terutama dalam pengangkutan awam. Aku naik bus hari2 and aku buleh kate tak smpai 50% yang wat cmtu. Aku tak kte sume tak peka, tp aku nmpak sndiri ngn mata kepala aku, pompuan mgndung dok dpn die, die leh wat xtau jer. Org lain dlm bus dh siap pandang2 nn ramai yg geleng kpala. Sorry to say, tp bnde ni yg diterapkan oleh kerajaan nmpaknya terbatas kepada warga Negara ni jer agaknya. Sbb ape aku ckp cm tu, sbb org yg wat xtau td tu ialah org asing n pompuan mgndung tu ialah org Malaysia. And org yg bdri kemudiannya ialah org Malaysia. Jadi kerajaan selama ni berhabis duit tu msg nye hanya smpai kepada org sini jerk eh? Warga Negara lain yang menumpang kat sini tu cmner? Bus yg aku naik ari2 g blik keje, penumpangnya 90% warga asing. Ramai kan? Dan lelaki muda. Ada jugak org buta yg naik bus tu, tp mcm biase la xde yg nk mbntu. Jgn tnye npe aku tak tolong bg duduk, cmne nk tolong aku aku sndiri brdiri. Yg aku mmpu adalah berkata dlm hati smbil mngeleng2kan kepala. Lagi sau pasl bus rapid skrg ni, aku rase makin tak sesuai susunan tempat duduk die. Spe yg naik rapid akan tau susunann die cmne. Npe nk wat kerusi berderet2 smpai 5 cmtu. N bila org duduk akan berhimpit2. lau sblh2 pompuan sama pompuan xper la, ni cmpur laki pompuan. Yg bertmbh maslhnye bukan sume org Malaysia ni kurus2 blaka. Lau dh sebelh kanan lelaki, sebelah kiri lelaki, pompuan yg duk tgh tersepit xleh bergerak. Sgt tak sesuai ngn Negara yang dikatakan Negara Islam. Confirm lau duduk tu msti blaga bahu. Xpun lengan. Tempat blkg pun sempit. Smpai lau duduk u, lutut msti sakit. Tmpt duduk pun keras. Lau ko duk dlm bus tu sejam, msti sakit2 punggung korang. Xcye? Cubelah naik bus waktu org balik keje dari subang ke pasar seni. Tgk korg tahan ke tak tahan? Aku harap sgt rapid wat sesuatu pasl ni. N yes, pasni aku nk tulis komen kat website die..korg rase lau ckp cmtu kene saman tak?

kita semua termasuk aku.. ya aku mgaku

Kita hidup dalam penipuan, hipokrit dan penafian setiap hari. Dan semua orang melakukannya. Dalam sedar atau tidak. Aku jugak tidak ketinggalan sebenarnya. Aku takut orang berkata yang bukan- bukan kat aku. Aku takut kata-kata orang. Sejauhmana aku menafikannya, namun itulah juga hakikat sebenar. Aku takut bila orang kata aku gemuk kerana dalam otak aku dah set yang gemuk itu tak cantik. Lama aku fikir, sebenarnya aku hidup ini utk diri sendiri ke untuk orang lain. Dalam tak sedar, masyarakat sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita. Tipulah lau ada org kata, “aku tak heran dorg nk ckp ape kat aku, hidup aku” padahal bila kat belakang orang, die menngis seorang diri. Ilmu sosiologi telah membuktikan masyarakt membentuk hidup individu. Emile Durkheim juga menyatakan manusia bunuh diri bukan dasar peribadi namun sebab masyrakat sekeliling. Factor tidak dpt mnyesuaikan diri, rasa terasing dan tertekan adalah factor biasa. Bila xde bf/gf, orang kte tak laku. Anak dara yang mencecah 30 an, tp masih belum berkahwin dah digelar andartu. Gelaran itu sume datang dr masyrkt. Dan diturunkan dari dulu hingga kini. Mungkin ramai akan kata, zaman dh brubah, org dah tak kisah tu sume. Hey, come on la.. berapa kerat sgt la org yang tak bercakap pasl org lain. Tp yang lain tu, lebih suke jage hal org lain, jiran tetangga, sedara mara. Lau cerita yang baik-baik tu okey la jugak. Contohnye anak org tu dpt keje bagus sbb blja pandai. Ni tak, bila anak org dpt keje bgus kte ade org dalam la, mgoda bos la. Iri ati dan dengki terhadap org lain akan terus bermaharajalela wlau kat ceruk mane pun kita tinggal. Smpai bila kita nk hidup cmtu yea.. bila ade sorg tu xnk join geng mengumpat, seenaknya je die akan kata, “eleh, nk tnjuk baik la tuh”..pastu carik point lak nk kenekan org tu. Sedar tak sedar, kita semua mcm dah terbiasa dan selesa hidup dlm keadaan mcm tu. Aku tulis bukan sebb nk tnjuk bagus, nk tnjuk baik ke hape, tibe2 jer aku rase nk tulis. Leps aku bce satu blog ni, aku rase cm ape yg die tulis tu btul, die jujur dgn diri die walaupun die kne hentm ngn org rmai. Aku kagum dgn die. Slama ni aku selalu kene tegur, bila aku ekspresikan pendapat aku, dorg kate mulut ko celupar sgt la. Tp aku bgtau bnde btol. Dh nmenye manusia, die nak dgr ape yg die nk dgr jer, bgtau kbnran trus skit hati, kate aku xpndai jage hati die. Padahal die gak yg kate jujur tau, jujur. Lame2 aku jadi fed up and aku strt ikut keadaan. Bila org tnye, aku bgtau apa yg aku rase dorg nk dgr. Biar dorg senyum sampai telinga. Walau bukan kebenaran. And jgn salahkan aku bila org lain yg tegur. Aku rase kite semua, yea termasuk aku, bila org rapat ngn kita tegur kate org tu nk kondem la, nk kutuk la. Tp npe bile org lain yg bukan dlm lingkungan selesa kita tegur, baru nk pikir, btol ke ape die ckp tu eh? Nenek aku slalu pesan, biar mulut bising, hati kene baik, jgn simpan dendam ngn org. tp dr ape yg aku tgk n rase, people tend to be nice dpn2 tp kutuk blkang. Tp mgaku best fren. Pe kes? Dpn2 kate, xpe, aku sokong ko, aku percaya ko tk wat cmtu, p kt blkg, bila ngn org lain, erm aku rse btul la die cmtu, sbb tu aku slalu je tgk die kua senyap2 xbgtau . lau cmtu la ko gelar dri ko kwn, ko ptt bukak kamus balik n blaja erti kawan tu ape. Suke ckp suke, xsuke xkp jer la xsuke. Better dr ko pretend n end up ko sakitkan ati org lain dgr cara senyap. Backstabber. Sejauhmana kita snggup tolong kwn kita? Mase mber mniaga burger same2 lepak smpai 2, 3 pagi reramai. Tp satu ari dpt tau, mber tu kne tipu beli stall burger curi dari mber die sndiri, brape ramai mber yg melepak td tu snggup tolong, snggup pegi balai tgk mber? Berapa ramai? Kwan ketawa mmg senang nk crik, tp kawan mngis tu, susah nk jumpa.

Tuesday, December 1, 2009

org yang mencintai kamu

] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selalmat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

petikan dari sebuah nukilan tanpa nama

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

bahagia atau derita

Perasaan yang tidak dapat ditafsirkan atau didefininasikan
Namun rasanya yang indah dah tenang sukar untuk dilepaskan walau seketika
Orang yang bertuah sahaja akan merasakan bahagia yang tidak terhingga
Ataupun sebenarnya bahagia itu memang ada tanpa kita sedarinya
Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan itu mungkin mampu mengembalikan segaris senyuman dibibir mereka yang sengsara, atau mungkin juga perkara kecil yang kita tuturkan mampu merobek hati yang sedang tertawa
Andai sahaja semua perlakuan itu dapat dijangka kesudahannya, pasti masa depan itu bukan lagi rahsia
Andai saja mimpi itu realiti yang sudah diketahui kesudahannya, pasti kita tidak perlu berangan hingga ke pucuk langit.
Langit itu tinggi, tinggi lagi impian mereka yang ingin berjaya
Berjaya bukan saja erti kata dunia tapi juga akhirat sana
Dunia bukan untuk selamanya, namun bukan juga penyebab untuk kita leka dan alpa dengan keindahan sementara
Siapa kata kita tak perlukan wang untuk hidup bahagia
Siapa pula yang pasti bahawa wang mampu menjamin kebahagiaan kita
Semalam seringkali dijadikan sempadan yang terbaik untuk kita terus memperbaiki diri menjadi lebih baik pada hari ini. Dan esok akan terus menjadi misteri yang belum pasti.
Orang datang dan pergi dalam hidup kita
Mencari kawan yang sentiasa berada dengan kita sangat sukar
Kerana mereka juga mempunyai persoalan sendiri
Apa yang tinggal dengan kita hanyalah kita sendiri dan Illahi
Kita sendiri perlu belajar untuk berdikari
Bila kita memanjakan diri untuk bergantung kepada orang lain
Maka itu juga yang mungkin menjatuhkan kita
Seteguh mana kekuatan orang untuk kita pinjam bila kita sendiri tidak mempunyai niat untuk kuat
Jangan jadi manusia yang hanya pandai meminta dan mengemis simpati orang lain
Jadilah manusia yang pasti arah tuju hidup dan landasannya.

Bahagia atau derita kita yang mencorakkanya.