Tuesday, August 31, 2010

aku bukan pilihanmu

aku bukan pilihanmu

aku hanya sekadar pelepas rasa sendu di ruang pilu
aku cume boneka yang layak dimainkan dengan kata dan tingkahmu
sedari mula aku tidak mahu menyayangimu,kau taburkan kata manja
bila aku mula menerimamu kau tatang bagai permaisuri
namun bila aku sudah pasti untuk menerimamu sepenuh hati
kau lontarkan aku jauh
kau campak janji mu ke tebing yang tiada bertepi
kau musnahkan hati kecilku sekali lagi

tegar kau melakukan sebegini
sedang kau yang beria menabur janji
pantas manusia memang begitu
yang jauh dikejar
yang di depan mata sepalit kuman tidak diendah
kau jarakkan dirimu
kau buat apa yang aku benci
kau cabar kesabaranku
jika perilaku itu semata untuk membuatku meninggalkanmu
terus terang saja lah.
daripada kau terus terusan melakukan yang tidak-tidak
hingga tercalar hati kecilku dek perlakuanmu

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan kembali bersua dgn umat Muhammad. Entah kan sempat kita mengecapi hingga ke akhir manisnya bulan ini, akankah smpai kita ke pnghujungnya atau mungkin bagaimana..

Ku doakan sejahtera dan trus diberkatiNYa tanpa mengira siapa jua yang menjalani ibadah puasa. Smoga sama-sama kita mendapat keberkatan dan keredaanNya..

Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang, ampunilah hambamu ini. tabahkan la hati ku ini dan tetapkan pendirianku ini agar kekal ku dijalan mu. Jangan la engkau ambil nyawaku saat aku hanyut dalam kesesatan. Kembalikan aku pada jalanMU Ya Rahman Ya Rahim..

Alfatihah buat arwah atuk dan nenek yang terlebih dahulu menyambut panggilan Nya. Kelak aku akan menyusul entah kan bila..Smoga roh mereka dikalangan orang yang beriman. Amin..

mengundur diri seketika..akan kembali Insyaallah..

**madia khalid**