aku bukan pilihanmu
aku hanya sekadar pelepas rasa sendu di ruang pilu
aku cume boneka yang layak dimainkan dengan kata dan tingkahmu
sedari mula aku tidak mahu menyayangimu,kau taburkan kata manja
bila aku mula menerimamu kau tatang bagai permaisuri
namun bila aku sudah pasti untuk menerimamu sepenuh hati
kau lontarkan aku jauh
kau campak janji mu ke tebing yang tiada bertepi
kau musnahkan hati kecilku sekali lagi
tegar kau melakukan sebegini
sedang kau yang beria menabur janji
pantas manusia memang begitu
yang jauh dikejar
yang di depan mata sepalit kuman tidak diendah
kau jarakkan dirimu
kau buat apa yang aku benci
kau cabar kesabaranku
jika perilaku itu semata untuk membuatku meninggalkanmu
terus terang saja lah.
daripada kau terus terusan melakukan yang tidak-tidak
hingga tercalar hati kecilku dek perlakuanmu
sedih TT___________TT
ReplyDeletexsuke perasaan nih..