Monday, December 14, 2009

kita semua termasuk aku.. ya aku mgaku

Kita hidup dalam penipuan, hipokrit dan penafian setiap hari. Dan semua orang melakukannya. Dalam sedar atau tidak. Aku jugak tidak ketinggalan sebenarnya. Aku takut orang berkata yang bukan- bukan kat aku. Aku takut kata-kata orang. Sejauhmana aku menafikannya, namun itulah juga hakikat sebenar. Aku takut bila orang kata aku gemuk kerana dalam otak aku dah set yang gemuk itu tak cantik. Lama aku fikir, sebenarnya aku hidup ini utk diri sendiri ke untuk orang lain. Dalam tak sedar, masyarakat sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita. Tipulah lau ada org kata, “aku tak heran dorg nk ckp ape kat aku, hidup aku” padahal bila kat belakang orang, die menngis seorang diri. Ilmu sosiologi telah membuktikan masyarakt membentuk hidup individu. Emile Durkheim juga menyatakan manusia bunuh diri bukan dasar peribadi namun sebab masyrakat sekeliling. Factor tidak dpt mnyesuaikan diri, rasa terasing dan tertekan adalah factor biasa. Bila xde bf/gf, orang kte tak laku. Anak dara yang mencecah 30 an, tp masih belum berkahwin dah digelar andartu. Gelaran itu sume datang dr masyrkt. Dan diturunkan dari dulu hingga kini. Mungkin ramai akan kata, zaman dh brubah, org dah tak kisah tu sume. Hey, come on la.. berapa kerat sgt la org yang tak bercakap pasl org lain. Tp yang lain tu, lebih suke jage hal org lain, jiran tetangga, sedara mara. Lau cerita yang baik-baik tu okey la jugak. Contohnye anak org tu dpt keje bagus sbb blja pandai. Ni tak, bila anak org dpt keje bgus kte ade org dalam la, mgoda bos la. Iri ati dan dengki terhadap org lain akan terus bermaharajalela wlau kat ceruk mane pun kita tinggal. Smpai bila kita nk hidup cmtu yea.. bila ade sorg tu xnk join geng mengumpat, seenaknya je die akan kata, “eleh, nk tnjuk baik la tuh”..pastu carik point lak nk kenekan org tu. Sedar tak sedar, kita semua mcm dah terbiasa dan selesa hidup dlm keadaan mcm tu. Aku tulis bukan sebb nk tnjuk bagus, nk tnjuk baik ke hape, tibe2 jer aku rase nk tulis. Leps aku bce satu blog ni, aku rase cm ape yg die tulis tu btul, die jujur dgn diri die walaupun die kne hentm ngn org rmai. Aku kagum dgn die. Slama ni aku selalu kene tegur, bila aku ekspresikan pendapat aku, dorg kate mulut ko celupar sgt la. Tp aku bgtau bnde btol. Dh nmenye manusia, die nak dgr ape yg die nk dgr jer, bgtau kbnran trus skit hati, kate aku xpndai jage hati die. Padahal die gak yg kate jujur tau, jujur. Lame2 aku jadi fed up and aku strt ikut keadaan. Bila org tnye, aku bgtau apa yg aku rase dorg nk dgr. Biar dorg senyum sampai telinga. Walau bukan kebenaran. And jgn salahkan aku bila org lain yg tegur. Aku rase kite semua, yea termasuk aku, bila org rapat ngn kita tegur kate org tu nk kondem la, nk kutuk la. Tp npe bile org lain yg bukan dlm lingkungan selesa kita tegur, baru nk pikir, btol ke ape die ckp tu eh? Nenek aku slalu pesan, biar mulut bising, hati kene baik, jgn simpan dendam ngn org. tp dr ape yg aku tgk n rase, people tend to be nice dpn2 tp kutuk blkang. Tp mgaku best fren. Pe kes? Dpn2 kate, xpe, aku sokong ko, aku percaya ko tk wat cmtu, p kt blkg, bila ngn org lain, erm aku rse btul la die cmtu, sbb tu aku slalu je tgk die kua senyap2 xbgtau . lau cmtu la ko gelar dri ko kwn, ko ptt bukak kamus balik n blaja erti kawan tu ape. Suke ckp suke, xsuke xkp jer la xsuke. Better dr ko pretend n end up ko sakitkan ati org lain dgr cara senyap. Backstabber. Sejauhmana kita snggup tolong kwn kita? Mase mber mniaga burger same2 lepak smpai 2, 3 pagi reramai. Tp satu ari dpt tau, mber tu kne tipu beli stall burger curi dari mber die sndiri, brape ramai mber yg melepak td tu snggup tolong, snggup pegi balai tgk mber? Berapa ramai? Kwan ketawa mmg senang nk crik, tp kawan mngis tu, susah nk jumpa.

Tuesday, December 1, 2009

org yang mencintai kamu

] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selalmat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

petikan dari sebuah nukilan tanpa nama

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

bahagia atau derita

Perasaan yang tidak dapat ditafsirkan atau didefininasikan
Namun rasanya yang indah dah tenang sukar untuk dilepaskan walau seketika
Orang yang bertuah sahaja akan merasakan bahagia yang tidak terhingga
Ataupun sebenarnya bahagia itu memang ada tanpa kita sedarinya
Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan itu mungkin mampu mengembalikan segaris senyuman dibibir mereka yang sengsara, atau mungkin juga perkara kecil yang kita tuturkan mampu merobek hati yang sedang tertawa
Andai sahaja semua perlakuan itu dapat dijangka kesudahannya, pasti masa depan itu bukan lagi rahsia
Andai saja mimpi itu realiti yang sudah diketahui kesudahannya, pasti kita tidak perlu berangan hingga ke pucuk langit.
Langit itu tinggi, tinggi lagi impian mereka yang ingin berjaya
Berjaya bukan saja erti kata dunia tapi juga akhirat sana
Dunia bukan untuk selamanya, namun bukan juga penyebab untuk kita leka dan alpa dengan keindahan sementara
Siapa kata kita tak perlukan wang untuk hidup bahagia
Siapa pula yang pasti bahawa wang mampu menjamin kebahagiaan kita
Semalam seringkali dijadikan sempadan yang terbaik untuk kita terus memperbaiki diri menjadi lebih baik pada hari ini. Dan esok akan terus menjadi misteri yang belum pasti.
Orang datang dan pergi dalam hidup kita
Mencari kawan yang sentiasa berada dengan kita sangat sukar
Kerana mereka juga mempunyai persoalan sendiri
Apa yang tinggal dengan kita hanyalah kita sendiri dan Illahi
Kita sendiri perlu belajar untuk berdikari
Bila kita memanjakan diri untuk bergantung kepada orang lain
Maka itu juga yang mungkin menjatuhkan kita
Seteguh mana kekuatan orang untuk kita pinjam bila kita sendiri tidak mempunyai niat untuk kuat
Jangan jadi manusia yang hanya pandai meminta dan mengemis simpati orang lain
Jadilah manusia yang pasti arah tuju hidup dan landasannya.

Bahagia atau derita kita yang mencorakkanya.

Tuesday, November 24, 2009

lagu yg membuatkan aku berfikir

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti

Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi



hujan-mencari konklusi

lagu yg membuatkan aku tersenyum

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

aril-menatap matamu

lagu yg membuatkan aku termenung [2]

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

jac-bertamu dikalbu

lagu yg membuatkan aku termenung [1]

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara.. hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan..

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Ratib sendu..
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Hafiz-masih jelas