Monday, January 25, 2010

hari terakhir

20 Jan 10
Ari ni merupakan hari terakhir aku berkhidmat sebagai trainee di E-commerce department MAS, Subang selepas 4 bulan mengikuti program GEMS. Banyak pengalaman baru yang aku belajar di dalam dunia pekerjaan yang ternyata sangat berbeza dengan dunia aku sebelum ni iaitu dunia pelajar.

Selain disiplin, komitmen dan dedikasi, aku belajar tentang kecekalan menempuhi cabaran. Kerjasama dan komunikasi juga merupakan tunjang utama bagi mengelakkan salah faham. Aku sangat bersyukur dapat menimba ilmu dan meraih pengalaman yang tidak ternilai ini. Ribuan terima kasih kepada kakak-kakak dan abang-abang yg sama-sama membantu aku di deparment ini.

Kini aku melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Jika sebelum ini aku hanya seorg pelatih. Kini aku akan menyandang pekerjaan sebenar yang pastinya lebih berat tanggungjawab yang perlu aku galas dan pikul. Semoga aku tabah dan cekal menghadapi dugaan yang mendatang demi masa depan ku.

1 comment: