Merasa terpanggil untuk menulis setelah sekian lama menyepi dan memerhati.
Istilah dicari bila diperlukan, seringkali terlintas dalam diri namun sering dinafikan oleh hati. Entah kenapa semakin difikir, semakin terasa kebenaran perkara nan satu itu. Hakikat yang reality dihadapi setiap manusia selagi dia bergelar insani. Sering dihujani dengan janji-janji yang belum pasti akan ditepati. Adakah akan dituntut diakhirat nanti?
Bila kita sering mengatakan kau takkan ku lupakan. Kita akan kekal sampai bila-bila macam ni. Jangan takut aku sentiasa ada untuk kau. Dan pelbagai ayat lagi yang sedap dihalwa telinga. Tapi bila tidak bertentang mata lagi. Ayat itu ibarat angin sepoi berlalu tatkalal ditiup sang bayu. Kenapa berlaku begitu. Ringkas. Kerna kita sudah mempunyai kehidupan lain yang perlu dihadapi.
Ungkapan itu akan terlintas kembali bila mana kita ini diperlukan. Manusia mudah lupa. Ya. Tepat sekali. Manusia ini memang selalu alpa. Satu kiriman pesanan pun tak mampu dihantar walau hanya sekadar bertanya khabar.
Bilamana kita yang mencari, kita seakan merasa kita menganggu hidup mereka pula. Lama-kelamaan, kita mula penat dan lelah untuk memalukan diri. Tehegeh-hegeh pada yang tak sudi memaut kembali ikatan yang telah longgar tanpa tali. Harga diri ditolak ketepi. Insani tetap insani. Yang perlu dicari, yang lain ditolak ketepi. Pesanan termasuk buat si penulis empunya diri.
Jika tak pasti dapat menunaikan janji. Jangan sekali engkau berjanji. Kelak mungkin engkau sesali dan memakan diri.
*madie*

No comments:
Post a Comment